
Kurma Ajwa dari Daerah Aliyah, Madinah yang bermutu tinggi,
Warna kurma Ajwa lazimnya berwarna hitam dan kadangkala kecoklatan sedikit,
dan ada urat-urat halus berwarna putih pada permukaan kulitnya. Kurma yang baik juga tidak terlalu banyak kedutan pada kulitnya.
Apabila dibuka, bijinya mudah dileraikan daripada isi kurma. Rasa manisnya pertengahan, dan ada rasa unik kurma Ajwa.
Kebiasaannya, buah kurma Ajwa yang baik kualitinya, buahnya tidak melekat antara buah yang lain.